Welcome

Assalammualaikum Selamat datang ke AuniDelights Bakery.Di mana AuniDelights menyediakan coklat buatan tangan dan lain lain produk seperti CupCake, Cake, Cookies, yang pelbagai halal dan juga menarik.AuniDelights juga menyediakan tempahan untuk majlis perkahwinan,pertunangan dan lain-lain lagi.Di AuniDelights para peminat coklat boleh memilih dan membuat tempahan coklat mengikut keinginan sendiri yang terdiri daripada bentuk coklat,filling nya dan lain-lain.

Rakan Uniq

19 September 2014

Macaroons Mini 20sen

Assalammualaikum


Kenapa tajuk macaroons Mini 20sen.?sebab hari tu saya buat macaroons lebih kurang besar duit syiling 20sen jer. resepi sama je, macam post2 saya sebelum ni,cuma selagi korang tak dapat macaroons yang betul betul menjadi, korang kene gigih cuba sampai menjadi.heee.Betul memang susah nak dapatkan macaroons yang betul2 menjadi ni, even saya yang selalu buat pun kadang2 adakala tak menjadi macaroons nya, kaki tak keluar la, pecah la, liat la.Jadi kita kene praktikkan nya sampai menjadi.

Jadi hari ni saya kongsikan semula resepi macaroons yang paling muda nak buat, simple je.Bahan bahan pun sikit je..cuma kene gigih ya..sekali lagi apa?GIGIH.

Bahan A

45gm serbuk Almond
68gm gula icing

Bahan B

38gm putih telur
25gm gula

Caranya :

Pukul putih telur bersama dengan gula tadi, hingga putih gebu dan sedikit bertanduk bila di angkat,dan putih telur tak mudah jatuh dah.

Setelah telur dan gula di pukul dengan kembang, masukkan pula serbuk almond dan gula tadi. 

Kaup balikkan beberapa kali, sehingga sebati, dan pada masa ini juga la boleh di letakkan pewarna yang di sukai.

Kaup balikkan lagi sehingga sebati, kemudian masukkan di dalam piping bag.

Sediakan loyang sekata, dan alas dengan kertas kek yang telah di lukiskan di atas nya bulatan sebesar syiling 20sen.

Potong hujung piping bag tadi dan picitkan adunan tadi di atas kertas kek yang telah di buat bulatan sebesar syiling 20sen tadi.

Setelah selesai ketuk ketukan bawah loyang agar lubang lubang angin pada adunan menghilang.

Biarkan adunan pada  permukaan panas atau pada suhu bilik selama 45minit, atau sehingga sedikit mengeras(apabila sentuh permukaan tidak melekat pada jari).

Bakar adunan tadi pada suhu 160 selama 15minit, atau sehingga masak.

Letak kan inti segera seperti coklat ganache atau sebagai nya mengikut kesukaan anda.Guna Nutella pun boleh, apa pun boleh janji anda suka.

Senang kan..selamat mencuba

No comments:

Post a Comment