Welcome

Assalammualaikum Selamat datang ke AuniDelights Bakery.Di mana AuniDelights menyediakan coklat buatan tangan dan lain lain produk seperti CupCake, Cake, Cookies, yang pelbagai halal dan juga menarik.AuniDelights juga menyediakan tempahan untuk majlis perkahwinan,pertunangan dan lain-lain lagi.Di AuniDelights para peminat coklat boleh memilih dan membuat tempahan coklat mengikut keinginan sendiri yang terdiri daripada bentuk coklat,filling nya dan lain-lain.

Rakan Uniq

27 June 2011

Cara nak buat Macaroon sendiri di rumah

Assalammualaikum


Semalam hubby ayong request untuk makan macaroon,jadi dengan penuh bakti taat pada suami ku ikut kan kehendak nya...ecehh...cehh....
Jadi ayong nak kongsi plak resepi nya ngan korang, mana tau ada teringin nak cuba ker.Ok jadi layan kan jer la ya..


Bahan2 


Bahan A


45gm serbuk Almond
68gm gula icing


Bahan B


38gm putih telur
25gm gula


Caranya :

Pukul putih telur bersama dengan gula tadi, hingga putih gebu macam dalam pic tu dan sedikit bertanduk bila di angkat,dan telur tak mudah jatuh dah.


Setelah telur dan gula di pukul dengan kembang, masukkan pula serbuk almond dan gula tadi,kaup balikkan beberapa kali, sehingga sebati, dan pada masa ini juga la boleh di letakkan pewarna yang di sukai.Kaup balikkan lagi sehingga sebati, kemudian masukkan di dalam piping bag.Sediakan loyang sekata, dan alas dengan kertas kek.Potong hujung piping bag tadi dan picitkan adunan tadi di atas kertas tadi sebesar duit 50 sen.Setelah selesai ketuk ketukan bawah loyang agar lubang lubang angin pada adunan menghilang.
Biarkan adunan pada  permukaan panas atau pada suhu bilik selama 45minit, atau sehingga sedikit mengeras(bila adunan di sentuh tak melekat pada tangan).


Bakar adunan tadi pada suhu 160 selama 15minit, atau sehingga masak seperti gambar di atas.


Letak kan inti segera seperti coklat ganache atau sebagai nya mengikut kesukaan anda.

Siap...selamat mencuba 
Terima kasih sudi baca ^^,