Welcome

Assalammualaikum Selamat datang ke AuniDelights Bakery.Di mana AuniDelights menyediakan coklat buatan tangan dan lain lain produk seperti CupCake, Cake, Cookies, yang pelbagai halal dan juga menarik.AuniDelights juga menyediakan tempahan untuk majlis perkahwinan,pertunangan dan lain-lain lagi.Di AuniDelights para peminat coklat boleh memilih dan membuat tempahan coklat mengikut keinginan sendiri yang terdiri daripada bentuk coklat,filling nya dan lain-lain.

Rakan Uniq

29 September 2014

Lala Masak Merah Versi AuniDelights

Assalammualaikum

Hari ni nak kongsi satu resepi Versi AuniDelights. Heeeee ...Mungkin tak sama macam cara kawan2 yang lain masak , tapi ni versi AuniDelights yang sempoi , so Kalau nak cuba jom lihat .

Resepi : Lala Masak Merah

Bahan bahan

1 kilo lala (pastikan lala di basuh dengan bersih,kopek kan kulit 1 persatu, sebab kadang2 dalam nya ada tanah atau pasir)
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2cm halia*
3~5 sudu besar cili giling(kalau suka pedas/kalau tak suka pedas boleh kurangkan cilinya)
Garam secukup nya
1 Batang serai*
Minyak untuk menumis

Bahan bahan bertanda* sila tumbuk ya

Cara caranya

Tumiskan bahan yang di tumbuk tadi
setelah bahan tumis naik bau, masukkan terus lala tadi
Tambah sedikit air jika inginkan kuah
Perasakan dengan garam

Siap~ mudah sangat kan




Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment