Welcome

Assalammualaikum Selamat datang ke AuniDelights Bakery.Di mana AuniDelights menyediakan coklat buatan tangan dan lain lain produk seperti CupCake, Cake, Cookies, yang pelbagai halal dan juga menarik.AuniDelights juga menyediakan tempahan untuk majlis perkahwinan,pertunangan dan lain-lain lagi.Di AuniDelights para peminat coklat boleh memilih dan membuat tempahan coklat mengikut keinginan sendiri yang terdiri daripada bentuk coklat,filling nya dan lain-lain.

Rakan Uniq

18 September 2014

Pretzel oh pretzel

Assalammualaikum

Ehhh...dah bertahun tahun tak hapdet blog ni, nak kata sibuk tak la sibuk sangat, malas nak bercerita je, nak menaip panjang berjela.

apa nak kongsi hari ni dengan korang ya..ahakkss. kau pikir ramai sangat orang baca blog kau ni..hehehe..tak apa la..ada sorang dua jadi la..terkongsi juga apa yang ada dalam ni..ngeee

Ok la nak menyibuk beritahu korang, aku pun tengah bzzz membuat kukis yang pemes sekarang ni tu, yang orang panggil "pretzel" tu la. Pretzel celup2 ni. Rasa dia masin, tapi kalau topping ikut citarasa sedap la jadi nya.Pemes sekrang ni, mana2 pun nampak je pretzel ni. Aku pun duk jual pretzel ni la sekarang, memandangkan banyak permintaan terhadap pretzel ni.


Pretzel ni ada pelbagai topping , ikut kehendak kita la nak perisa apa, tapi kebiasaan nya saya jual yang paling laris tu perisa coklat dan coklat badam.


Ni semua masa tu ada yang tempah, jadi saya hanya buat ikut perisa yang mereka minta.
Antara kukis yang glemer la sekarang, tapi kalau bagi saya, saya suka buat je, tapi kalau makan saya kurang sikit, sebab dia ada masin2 tu.

ini untuk entri terbaru hari ni, doakan saya rajin menaip ya kawan2. Ada banyak nak di kongsikan.
stay tuned.
Assalammualaikum


No comments:

Post a Comment