Welcome

Assalammualaikum Selamat datang ke AuniDelights Bakery.Di mana AuniDelights menyediakan coklat buatan tangan dan lain lain produk seperti CupCake, Cake, Cookies, yang pelbagai halal dan juga menarik.AuniDelights juga menyediakan tempahan untuk majlis perkahwinan,pertunangan dan lain-lain lagi.Di AuniDelights para peminat coklat boleh memilih dan membuat tempahan coklat mengikut keinginan sendiri yang terdiri daripada bentuk coklat,filling nya dan lain-lain.

Rakan Uniq

24 April 2011

Resepi Crispy Ring O

Assalammualaikum


Satu lagi menu tengah hari yang di request oleh hubby ku.Layan jer la...Menu ku letak sekali ya , mana tau kamu kamu pun nak cuba buat.sedap ooo....ngee..ngeee
Layan.....Harus la

Bahan bahan

- Bawang holland secukup nya (di potong bulat ya)
- 1 cawan tepung naik sendiri
- sedikit garam
- sedikit gula
- sedikit lada sulah
- minyak zaitun untuk menggoreng ( minyak masak apa2pun boleh , saya guna minyak zaitun)
- Air secukup nya

dan

Cara cara nya :

1) Satukan semua bahan tadi kecuali bawang ke dalam mangkuk dan masukkan air,gaulkan sebati bahan bahan tadi.
2) Kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 15~20 minit
3) Panaskan minyak secukup nya untuk goreng terendam.Pastikan minyak cukup panas.
4) Celupkan bawang ke dalam batter sejuk tadi dan gorengkan hingga keemasan.
5) Toskan & hidangkan bersama cili sos.

Siap...Memang enak di makan ketika masih panas lagi.


2 comments: