Welcome

Assalammualaikum Selamat datang ke AuniDelights Bakery.Di mana AuniDelights menyediakan coklat buatan tangan dan lain lain produk seperti CupCake, Cake, Cookies, yang pelbagai halal dan juga menarik.AuniDelights juga menyediakan tempahan untuk majlis perkahwinan,pertunangan dan lain-lain lagi.Di AuniDelights para peminat coklat boleh memilih dan membuat tempahan coklat mengikut keinginan sendiri yang terdiri daripada bentuk coklat,filling nya dan lain-lain.

Rakan Uniq

29 April 2011

Apam gula MelaKa

Assalammualaikum


Sebenarnya apam ni dah lama saya buat.Cuma masukkan kat sini saja saja nak kongsi kan resepi nya,walau pun kamu2 semua dah tau,ku nak letak jugak..ngeee....Tengok la resepi nya kat bawah ni :

Bahan bahan

- 125gm gula pasir
- 125gm gula melaka (potong kecil)
- 150ml air
- 250gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu yis (bancuh dengan sedikit air suam)
- 1 biji telur
-100ml minyak masak

Cara cara nya :

Sediakan acuan dan panas kan kukusan
Masak air bersama gula melaka dan gula pasir sehingga hancur dan larut
Tapis dan sejukkan 
Ayakkan tepung ke dalam bancuhan air gula tadi, gaul sebati dan rata
Masukkan yis, soda bikarbonat dan telur,kacau sebati
Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil di kacau rata
Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau hingga masak

Selamat Mencuba


No comments:

Post a Comment