Welcome

Assalammualaikum Selamat datang ke AuniDelights Bakery.Di mana AuniDelights menyediakan coklat buatan tangan dan lain lain produk seperti CupCake, Cake, Cookies, yang pelbagai halal dan juga menarik.AuniDelights juga menyediakan tempahan untuk majlis perkahwinan,pertunangan dan lain-lain lagi.Di AuniDelights para peminat coklat boleh memilih dan membuat tempahan coklat mengikut keinginan sendiri yang terdiri daripada bentuk coklat,filling nya dan lain-lain.

Rakan Uniq

29 April 2011

Apam gula MelaKa

Assalammualaikum


Sebenarnya apam ni dah lama saya buat.Cuma masukkan kat sini saja saja nak kongsi kan resepi nya,walau pun kamu2 semua dah tau,ku nak letak jugak..ngeee....Tengok la resepi nya kat bawah ni :

Bahan bahan

- 125gm gula pasir
- 125gm gula melaka (potong kecil)
- 150ml air
- 250gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu yis (bancuh dengan sedikit air suam)
- 1 biji telur
-100ml minyak masak

Cara cara nya :

Sediakan acuan dan panas kan kukusan
Masak air bersama gula melaka dan gula pasir sehingga hancur dan larut
Tapis dan sejukkan 
Ayakkan tepung ke dalam bancuhan air gula tadi, gaul sebati dan rata
Masukkan yis, soda bikarbonat dan telur,kacau sebati
Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil di kacau rata
Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau hingga masak

Selamat Mencuba


Assalammualaikum


Nak cerita ni, last time ku ada buat la macaroon ni.Bukan mudah nak buat ya,memandangkan skang pulak waktu hujan jer,lagi la macaroon ni tido jer, x bangun2.so ni xtahu la kali keberapa punya adunan baru la dapat muka macaroon yang sebenar.Tapi bila dah siap memang puas hati la,dan tak sangka ku boleh gak menyiapkan nya.Ni minggu depan kalau tak ada apa apa hal dan cuaca agak baik, ku ingin nak buat lagi,rasa ketagih la pulak nak buat dan nak makan benda alah ni,memang sedap dik non...cuba la kalau tak percaya,kalau tak biasa makan memang manis nya terasa,tapi macaroon memang manis, so sesuai la kalau kita minum dengan kopi,potong sikit rasa manis nya tu.So kalau nak tahu harganya, biasa kalau dekat luar mereka jual dalam RM 3/pcs.Macam tu la,tapi susah gak nak jumpa benda alah ni.anyway kalau mana yang tak pernah nengok atau rasa ni la macaroon n pergi la cari n beli serta nikmati la rasanya.Harus la....layan...
Assalammualaikum



2 set coklat box S size ini di tempah oleh tasha on behalf rakan kolej nya.Thanxs to tasha n friend.next time boleh order lagi.

24 April 2011

Resepi Crispy Ring O

Assalammualaikum


Satu lagi menu tengah hari yang di request oleh hubby ku.Layan jer la...Menu ku letak sekali ya , mana tau kamu kamu pun nak cuba buat.sedap ooo....ngee..ngeee
Layan.....Harus la

Bahan bahan

- Bawang holland secukup nya (di potong bulat ya)
- 1 cawan tepung naik sendiri
- sedikit garam
- sedikit gula
- sedikit lada sulah
- minyak zaitun untuk menggoreng ( minyak masak apa2pun boleh , saya guna minyak zaitun)
- Air secukup nya

dan

Cara cara nya :

1) Satukan semua bahan tadi kecuali bawang ke dalam mangkuk dan masukkan air,gaulkan sebati bahan bahan tadi.
2) Kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 15~20 minit
3) Panaskan minyak secukup nya untuk goreng terendam.Pastikan minyak cukup panas.
4) Celupkan bawang ke dalam batter sejuk tadi dan gorengkan hingga keemasan.
5) Toskan & hidangkan bersama cili sos.

Siap...Memang enak di makan ketika masih panas lagi.


Ayam masak kicap - Pedas

Assalammualaikum


Menu tengahhari di hujung minggu.hubby yang request, sebab dia kan balik seminggu sekali jer, jadi bila dia ada kene masak apa yang dia nak makan.So layan la resepi saya tu, walaupun kamu semua pakar memasak juga..ngee..ngeee...

Bahan bahan nya

- 10 ketul bahagian ayam ( di goreng terlebih dahulu)
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah kecil*
- 15 ulas cili padi* (kalau xsuka pedas sgt boleh kurangkan)
- 1cm halia*
- Kicap
- 3 sudu besar sos tiram
- Garam - jika perlu, (sbb ayam dah guna garam+ sos tiram dah sedikit masin + kicap lagi)
- 1 keping asam gelugor
- Bawang holland di potong bulat
- Sedikit minyak untuk menumis

Bahan bahan bertanda * hendak lah di tumbuk

Cara2nya

1) Panas kan minyak terlebih dahulu di dalam kuali,kemudian tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga sedikit garing dan naik bau.
2) setelah garing masukkan kicap,sos tiramdan gaul sebati, kemudian masukkan bawang holland yang di potong bulat tadi
3) Jika masakan tidak terasa garam perasakan dengan sedikit garam dan jika agak kering boleh la di tambah dengan sedikit air utk kuah nya (jika mahu)
4) Gaul kan sebati dan bila bawang holland agak layu baru la di masukkan ayam yang telah di goreng tadi.
5) Akhir sekali masukkan asam gelugor tadi.Gaul kan sebati lagi,biarkan seketika di atas api dan barulah di angkat untuk di hidangkan

19 April 2011

Coklat

Assalammualaikum


Ni coklat yang Mr Sam tempah hari tu, baru sekarang sempat nak upload gambar nya,Mr Sam tempah 100pcs loose coklat ni yang berinti badam, dah selamat di hantar kepada Mr Sam yang berada di Melaka.Thanx to Mr Sam n Family,hope boleh order lagi next time. (12/4/2011)