Welcome

Assalammualaikum Selamat datang ke AuniDelights Bakery.Di mana AuniDelights menyediakan coklat buatan tangan dan lain lain produk seperti CupCake, Cake, Cookies, yang pelbagai halal dan juga menarik.AuniDelights juga menyediakan tempahan untuk majlis perkahwinan,pertunangan dan lain-lain lagi.Di AuniDelights para peminat coklat boleh memilih dan membuat tempahan coklat mengikut keinginan sendiri yang terdiri daripada bentuk coklat,filling nya dan lain-lain.

Rakan Uniq

24 April 2011

Ayam masak kicap - Pedas

Assalammualaikum


Menu tengahhari di hujung minggu.hubby yang request, sebab dia kan balik seminggu sekali jer, jadi bila dia ada kene masak apa yang dia nak makan.So layan la resepi saya tu, walaupun kamu semua pakar memasak juga..ngee..ngeee...

Bahan bahan nya

- 10 ketul bahagian ayam ( di goreng terlebih dahulu)
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah kecil*
- 15 ulas cili padi* (kalau xsuka pedas sgt boleh kurangkan)
- 1cm halia*
- Kicap
- 3 sudu besar sos tiram
- Garam - jika perlu, (sbb ayam dah guna garam+ sos tiram dah sedikit masin + kicap lagi)
- 1 keping asam gelugor
- Bawang holland di potong bulat
- Sedikit minyak untuk menumis

Bahan bahan bertanda * hendak lah di tumbuk

Cara2nya

1) Panas kan minyak terlebih dahulu di dalam kuali,kemudian tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga sedikit garing dan naik bau.
2) setelah garing masukkan kicap,sos tiramdan gaul sebati, kemudian masukkan bawang holland yang di potong bulat tadi
3) Jika masakan tidak terasa garam perasakan dengan sedikit garam dan jika agak kering boleh la di tambah dengan sedikit air utk kuah nya (jika mahu)
4) Gaul kan sebati dan bila bawang holland agak layu baru la di masukkan ayam yang telah di goreng tadi.
5) Akhir sekali masukkan asam gelugor tadi.Gaul kan sebati lagi,biarkan seketika di atas api dan barulah di angkat untuk di hidangkan

2 comments: