Welcome

Assalammualaikum Selamat datang ke AuniDelights Bakery.Di mana AuniDelights menyediakan coklat buatan tangan dan lain lain produk seperti CupCake, Cake, Cookies, yang pelbagai halal dan juga menarik.AuniDelights juga menyediakan tempahan untuk majlis perkahwinan,pertunangan dan lain-lain lagi.Di AuniDelights para peminat coklat boleh memilih dan membuat tempahan coklat mengikut keinginan sendiri yang terdiri daripada bentuk coklat,filling nya dan lain-lain.

Rakan Uniq

26 March 2011

Resepi : Black Pepper Chicken Chop



Bahan - bahan ( perapan )

- 2 paha ayam ( kalau nak buang tulang nya pon boleh, kalau malas nak buang pon ok )
- 2 ulas bawang putih di cincang
- 1 cm halia di cincang ( lebih kurang la 1 cm )
- 1/2 sb serbuk lada hitam
- 2 sb sos cili
- 1 sb sos tomato
- 1 sb sos Lea & Perrins
- 1 sb kicap manis
- 1 sb kicap masin
- 1 sb sos tiram
- 1 sb madu
- garam secukup rasa

Bahan sos Black Pepper

- 1/2 botol sos black pepper
- 2-3 sb sos tiram
- 3-4 butir cendawan butang (cincang)
- 1/2 biji bawang besar (cincang)
- garam / gula secukup rasa

Cara caranya pula :

1) gaul kan ayam dengan bahan perapan tadi, dan biarkan semalaman(kalau nak kan bahan perapan tu di serap dgn elok cucuk2an ayam td dgn garfu ya)
2) selepas di perap semalaman , gorengkan dengan minyak yang sedikit saja dan tutupkan sehingga ayam separuh masak.
3) balik2kan ayam sehingga masak (tp jgn terlalu masak ya, agar ayam tetap juicy ya)
4) bila ayam dah masak hias la di atas pinggan, curah kan sos black peper td.
5) cara masak bahan sos pula mudah jer.masak semua bahan tadi selama 1 minit, dan adjust kan kepekatan nya dengan menambah garam , gula dan sedikit air.
6) lebihan perapan pun boleh di jadikan sos ( bergantung andai kata sos perapan ni x cukup baru buat sos black pepper tu )

No comments:

Post a Comment