Welcome

Assalammualaikum Selamat datang ke AuniDelights Bakery.Di mana AuniDelights menyediakan coklat buatan tangan dan lain lain produk seperti CupCake, Cake, Cookies, yang pelbagai halal dan juga menarik.AuniDelights juga menyediakan tempahan untuk majlis perkahwinan,pertunangan dan lain-lain lagi.Di AuniDelights para peminat coklat boleh memilih dan membuat tempahan coklat mengikut keinginan sendiri yang terdiri daripada bentuk coklat,filling nya dan lain-lain.

Rakan Uniq

29 September 2014

CupCake @ Kek Cawan

Assalammualaikum

Ehhh korang, sesiapa yang nak buat kenduri untuk sebarang majlis, dan ingin membuat tempahan cupcake, pada harga yang berpatutan, boleh hubungi AuniDelights untuk sebarang pertanyaan dan sebagai nya. Pertanyaan tidak di kenekan bayaran...heee


CupCake tu korang boleh tempah ikut kemampuan dan kehendak serta tema korang. Macam kat atas ni choc moist topping buttercream. Simple je . Yang simple nampak lagi menarik.


Atau korang nak tempah yang jenis ada gambar korang pun boleh, CupCake Edible Image.Sekarang pun ramai juga yang buat macam ni, tapi kos tinggi sikit , sebab tempah edible tu.


Semua bergantung pada korang, macam mana yang korang nak pilih untuk setiap majlis korang.So kalau ada apa2 boleh je calling2 AuniDelights.

Salam & Terima Kasih korang :)


19 September 2014

Macaroons Mini 20sen

Assalammualaikum


Kenapa tajuk macaroons Mini 20sen.?sebab hari tu saya buat macaroons lebih kurang besar duit syiling 20sen jer. resepi sama je, macam post2 saya sebelum ni,cuma selagi korang tak dapat macaroons yang betul betul menjadi, korang kene gigih cuba sampai menjadi.heee.Betul memang susah nak dapatkan macaroons yang betul2 menjadi ni, even saya yang selalu buat pun kadang2 adakala tak menjadi macaroons nya, kaki tak keluar la, pecah la, liat la.Jadi kita kene praktikkan nya sampai menjadi.

Jadi hari ni saya kongsikan semula resepi macaroons yang paling muda nak buat, simple je.Bahan bahan pun sikit je..cuma kene gigih ya..sekali lagi apa?GIGIH.

Bahan A

45gm serbuk Almond
68gm gula icing

Bahan B

38gm putih telur
25gm gula

Caranya :

Pukul putih telur bersama dengan gula tadi, hingga putih gebu dan sedikit bertanduk bila di angkat,dan putih telur tak mudah jatuh dah.

Setelah telur dan gula di pukul dengan kembang, masukkan pula serbuk almond dan gula tadi. 

Kaup balikkan beberapa kali, sehingga sebati, dan pada masa ini juga la boleh di letakkan pewarna yang di sukai.

Kaup balikkan lagi sehingga sebati, kemudian masukkan di dalam piping bag.

Sediakan loyang sekata, dan alas dengan kertas kek yang telah di lukiskan di atas nya bulatan sebesar syiling 20sen.

Potong hujung piping bag tadi dan picitkan adunan tadi di atas kertas kek yang telah di buat bulatan sebesar syiling 20sen tadi.

Setelah selesai ketuk ketukan bawah loyang agar lubang lubang angin pada adunan menghilang.

Biarkan adunan pada  permukaan panas atau pada suhu bilik selama 45minit, atau sehingga sedikit mengeras(apabila sentuh permukaan tidak melekat pada jari).

Bakar adunan tadi pada suhu 160 selama 15minit, atau sehingga masak.

Letak kan inti segera seperti coklat ganache atau sebagai nya mengikut kesukaan anda.Guna Nutella pun boleh, apa pun boleh janji anda suka.

Senang kan..selamat mencuba

18 September 2014

Phuket?Apa yang best kat sana?

Assalammualaikum

Tajuk kau...
Ye la..nak bagitau la ni, hari raya ke 5 tahun ni hari tu, opis ada buat trip ke Phuket. Seronok tapi panasss.Semua tempat agak best, makanan pun ada yang best ada yang tak berapa best.Show yang free2 pun best2 jugak,heee..

Tapi ada satu makanan ni yang my kawan cakap tak dapat nak lupakan, makanan nya simple je, tapi rasanya tu lain macam katanya, menikam sanubari, hingga termimpi mimpi.


Ice Cream je pun...tapi memang betul wehhh, best .. ni kat Phi Phi Island RM20.00.Hahaha kalah basking robing 1 scoop .apapun memang best, so satu percubaan yang tak merugikan la.

ok la ...nak cerita tu je.. 

Coklat Chips dan Pelbagai

Assalammualaikum


Selain aktif dalam pembuatan Coklat, AuniDelights banyak juga menyediakan produk produk lain yang mengikut kehendak pelnggan.

Produk produk terbaru di AuniDelights :



CupCake Pelbagai perisa antaranya Coklat Cupcake , RedVelvet Cupcake, Vanilla Cupcake, Oreo CupCake, Pandan CupCake dan pelbagai lagi mengikut citarasa anda dan di akhiri dengan topping pilihan anda juga, sama ada Ganache atau ButterCream dan lain2.


Kemudian, AuniDelights juga ada menyediakan produk 


Coklat Oreo dengan Edible Image, hantar gambar kesukaan anda yang bersesuaian dengan tema, AuniDelights akan menjalankan tugas menyiapkan tempahan anda.Untuk sebarang majlis.

M&M Choc Chips juga ada di AuniDelights dalam pelbagai wajah. :p


Setiap 200gm


200gm


Untuk DoorGift


Untuk DoorGift juga
Mengikut warna tema anda sendiri


Apam Berwarna 


Banyak lagi produk2 dari AuniDelights,

Cake in Jar
Cookies in Jar
Continental Cake
Apam Berwarna
MnM Choc Chips
                                                                           Pretzel's
CupCake
Slice Cake
Popia Nestum

dan pelbagai lagi mengikut kehendak dan citarasa anda.
sebarang pertanyaan boleh la lontarkan di AuniDeligts.

Hingga di sini dahulu.


Pretzel oh pretzel

Assalammualaikum

Ehhh...dah bertahun tahun tak hapdet blog ni, nak kata sibuk tak la sibuk sangat, malas nak bercerita je, nak menaip panjang berjela.

apa nak kongsi hari ni dengan korang ya..ahakkss. kau pikir ramai sangat orang baca blog kau ni..hehehe..tak apa la..ada sorang dua jadi la..terkongsi juga apa yang ada dalam ni..ngeee

Ok la nak menyibuk beritahu korang, aku pun tengah bzzz membuat kukis yang pemes sekarang ni tu, yang orang panggil "pretzel" tu la. Pretzel celup2 ni. Rasa dia masin, tapi kalau topping ikut citarasa sedap la jadi nya.Pemes sekrang ni, mana2 pun nampak je pretzel ni. Aku pun duk jual pretzel ni la sekarang, memandangkan banyak permintaan terhadap pretzel ni.


Pretzel ni ada pelbagai topping , ikut kehendak kita la nak perisa apa, tapi kebiasaan nya saya jual yang paling laris tu perisa coklat dan coklat badam.


Ni semua masa tu ada yang tempah, jadi saya hanya buat ikut perisa yang mereka minta.
Antara kukis yang glemer la sekarang, tapi kalau bagi saya, saya suka buat je, tapi kalau makan saya kurang sikit, sebab dia ada masin2 tu.

ini untuk entri terbaru hari ni, doakan saya rajin menaip ya kawan2. Ada banyak nak di kongsikan.
stay tuned.
Assalammualaikum


24 December 2011

N3 tanpa tajuk..

Assalammualaikum..


Wahhhh...berhabuk dah blog ni.....lama sungguh tak hapdate apa apa dah...apa pun nak ucapkan selamat bercuti cuti Malaysia, so kepada yang menyambut krismas tu...Merry Krismas la ya....


Jumpa lagi di entry lain...nak pergi bercuti dah ni, penerbangan tak lama jer lagi..heee....daaaa semua..

27 October 2011

Bermain dengan Krim

Assalammualaikum

Minggu lepas punya keje ni, baru nak hupdate, memandangkan cuti tak ada apa nak buat, so lembut kan la tangan dengan krim mandian . ehhh mentega krim la..hasil keje tangan sendiri, yang memang jarang ke dapur, bila masa terfikir nak makan atau buat sesuatu jer baru la sibuk nak buat dan tengok la barang2 yang ada cukup atau tak..
Tapi kebiasaan barang kelengkapan memang dah ada, cuma malas atau rajin nak buat jer, bergantung pada tuan empunya diri yang sememang nya malas kalau bab nak ke dapur ni, tapi tak ada la sampai malas tahap gaban ya..kahkah

ok ...jom kita layan ......

CupCakes Vanilla Oreo

kahkah...ni la rupe nya CupCakes saya yang comot momot, jangan la ketawa, ni hasil titik peluh saya ni,haha,ni jer yang mampu saya lakukan setakat ni, pasni saya akan tingkat kan lagi usaha sampai saya sendiri puas hati..


Ni la rupa nya, tangan org tak berbedung masa pipe kan krim...


CupCakes Coklat


Rasa nya sedap ya semua, cuma rupanya jer yang kurang cantik, ...tak sabar nak balik rumah sendiri ni, nak memulakan semula operasi bermain krim lagi...ok la...chau dulu...

Terima Kasih sudi baca^^,

17 September 2011

Baru betul betul Rumah Terbuka

Assalammualaikum


Hari ni Mr hubby punya kakak ada buat rumah terbuka, jadi kami pun pergila, mama pula dah call berkali kali, bila nak sampai..hehehe, kebiasaan memang kami la pasangan yang akan sampai paling akhir sekali, huhuhu..tapi...tapi...kan ...hari ni kami la orang pertama yang sampai, awal gitu...Sampai sampai memang banyak sungguh makanan wei, dah macam kenduri pulak rasanya...ada Nasi dagang, laksa (nasi dagang & laksa mama buat sendiri) maveles, ada nasi arab, almaklum la keluarga Mr hubby keturunan Arabian, jadi nasi arab tu kira macam kene ada la..siap ada tukang masak char kuew teow lagi, order ja apa nak makan semua ada...tapi yang paling best ada ini......

*
*
*
*
*


Jeng...jeng....ada kambing panggang/golek gitu...ada nasi nya sekali...Gambar gambar makanan lain saya xdan nak ambil la...tapi saya tak makan pun kambing ni, cuma rasa ni adalah  baru betul betul buat rumah terbuka....tak gitu....menjamu para tetamu dengan hidangan yang lain dari yang lain...nahhh....gitu la hendak nya, pada KakT, terima kasih banyak banyak dengan hidangan yang lazat lazat....nyum...nyumm...


Kambing biri biri panggang....

Terima kasih sudi baca..
As salam

15 July 2011

Tempahan Coklat

Assalammualaikum


Ini coklat tempahan pada minggu lepas, baru nak update, sekarang ni buat jer, update pun sikit2 jer...


35biji - Book Style box


Tasha minta coklat yang tanpa warna sahaja


1set lagi yang di tempah oleh Tasha , coklat 36biji


Coklat yang telah di letak kan huruf di atas nya, Tasha tolong tempah kan sahaja, Yana rakan nya meminta dia tempah kan coklat ni dari saya,sempena majlis pertunangan Yana pada hari sabtu ini (16/7/2011).Tahniah pada Yana, semoga berkekalan hubungan hingga ke akhir hayat.Terima kasih juga pada Tasha.

* Lain kali boleh order lagi ya ^^, *

27 June 2011

Cara nak buat Macaroon sendiri di rumah

Assalammualaikum


Semalam hubby ayong request untuk makan macaroon,jadi dengan penuh bakti taat pada suami ku ikut kan kehendak nya...ecehh...cehh....
Jadi ayong nak kongsi plak resepi nya ngan korang, mana tau ada teringin nak cuba ker.Ok jadi layan kan jer la ya..


Bahan2 


Bahan A


45gm serbuk Almond
68gm gula icing


Bahan B


38gm putih telur
25gm gula


Caranya :

Pukul putih telur bersama dengan gula tadi, hingga putih gebu macam dalam pic tu dan sedikit bertanduk bila di angkat,dan telur tak mudah jatuh dah.


Setelah telur dan gula di pukul dengan kembang, masukkan pula serbuk almond dan gula tadi,kaup balikkan beberapa kali, sehingga sebati, dan pada masa ini juga la boleh di letakkan pewarna yang di sukai.Kaup balikkan lagi sehingga sebati, kemudian masukkan di dalam piping bag.Sediakan loyang sekata, dan alas dengan kertas kek.Potong hujung piping bag tadi dan picitkan adunan tadi di atas kertas tadi sebesar duit 50 sen.Setelah selesai ketuk ketukan bawah loyang agar lubang lubang angin pada adunan menghilang.
Biarkan adunan pada  permukaan panas atau pada suhu bilik selama 45minit, atau sehingga sedikit mengeras(bila adunan di sentuh tak melekat pada tangan).


Bakar adunan tadi pada suhu 160 selama 15minit, atau sehingga masak seperti gambar di atas.


Letak kan inti segera seperti coklat ganache atau sebagai nya mengikut kesukaan anda.

Siap...selamat mencuba 
Terima kasih sudi baca ^^,