Welcome

Assalammualaikum Selamat datang ke AuniDelights Bakery.Di mana AuniDelights menyediakan coklat buatan tangan dan lain lain produk seperti CupCake, Cake, Cookies, yang pelbagai halal dan juga menarik.AuniDelights juga menyediakan tempahan untuk majlis perkahwinan,pertunangan dan lain-lain lagi.Di AuniDelights para peminat coklat boleh memilih dan membuat tempahan coklat mengikut keinginan sendiri yang terdiri daripada bentuk coklat,filling nya dan lain-lain.

Rakan Uniq

26 March 2011

Resepi : Black Pepper Chicken Chop



Bahan - bahan ( perapan )

- 2 paha ayam ( kalau nak buang tulang nya pon boleh, kalau malas nak buang pon ok )
- 2 ulas bawang putih di cincang
- 1 cm halia di cincang ( lebih kurang la 1 cm )
- 1/2 sb serbuk lada hitam
- 2 sb sos cili
- 1 sb sos tomato
- 1 sb sos Lea & Perrins
- 1 sb kicap manis
- 1 sb kicap masin
- 1 sb sos tiram
- 1 sb madu
- garam secukup rasa

Bahan sos Black Pepper

- 1/2 botol sos black pepper
- 2-3 sb sos tiram
- 3-4 butir cendawan butang (cincang)
- 1/2 biji bawang besar (cincang)
- garam / gula secukup rasa

Cara caranya pula :

1) gaul kan ayam dengan bahan perapan tadi, dan biarkan semalaman(kalau nak kan bahan perapan tu di serap dgn elok cucuk2an ayam td dgn garfu ya)
2) selepas di perap semalaman , gorengkan dengan minyak yang sedikit saja dan tutupkan sehingga ayam separuh masak.
3) balik2kan ayam sehingga masak (tp jgn terlalu masak ya, agar ayam tetap juicy ya)
4) bila ayam dah masak hias la di atas pinggan, curah kan sos black peper td.
5) cara masak bahan sos pula mudah jer.masak semua bahan tadi selama 1 minit, dan adjust kan kepekatan nya dengan menambah garam , gula dan sedikit air.
6) lebihan perapan pun boleh di jadikan sos ( bergantung andai kata sos perapan ni x cukup baru buat sos black pepper tu )

16 March 2011

18pcs coklat

Before adding a wordings

After adding a wordings

Finishing

Ini tempahan yang di buat oleh student segi college juga, samada Aza atau Yaya tak pasti yang mana satu.Apa pun terima kasih pada both of u ya..Lain kali sudi sudi kan lagi buat order dari kak yong yer...thanx..

Coklat Box lagi.....



Tempahan dari student Segi College Pudu.Pada Yaya atau Aza,thanx ya to u all sebab sudi buat tempahan coklat ni dari kak yong.Any time boleh order lagi ya.

14 March 2011

Coklat Box Lagi...



Tempahan di buat oleh Mawar.Mawar minta 2 set warna yang sama.Coklat dah selamat di terbang kan ke Negeri Sembilan.Kepada Mawar terima kasih daun keladi..lain kali order la lagi ...

Coklat 4pcs




Sebahagian tempahan yang di buat oleh tasha untuk di berikan kepada rakan2 kolej nya.Thanx to tasha n lain kali boleh order lagi ya.. ;) ~ Tempahan pada 12.03.2011~

10 March 2011

Coklat Hantaran


Yang ini juga di tempah oleh Nita, yang ni hantaran dari pihak perempuan ke pihak lelaki mengikut tema majlis nya pada sabtu 12.03.2011 ini.Selamat bertunang di ucap kan kepada Nita dan pasangan nya.

Coklat Box

Tempahan ni di buat oleh Nita sempena majlis pertunangan nya pada hari sabtu ni 12.03.2011.Yang ini adalah dari pihak lelaki ke pihak perempuan,Nita minta bertema kan purle / white.Coklat box dengan 15 pcs coklat ros di dalam nya.Semoga Nita berpuas hati dengan tempahan ni ya, dan terima kasih banyak2 kerana sentiasa sudi membuat tempahan dari ksue.